Thursday, April 13, 2006

Pelan Sekolah

Bilik Alat Bantu Mengajar




Bilik Tayangan














Alatan yang terdapat dalam bilik tayangan

Perpustakaan Sekolah

SEJARAH
PSS ditubuhkan pada 1952 berada di bangunan lama sekolah. Tahun 2002, PSS dipindahkan ke bangunan baru di tingkat dua sekolah. Tahun 2005, kelas menjadi tidak cukupi. Oleh itu, PSS berpindah ke bangunan lama yang seluas setengah kelas sahaja. Pada mulanya, tenaga kerja hanya 4 orang guru dan sekarang seramai 12 orang guru. Pusat Sumber Sekolah ini terdiri daripada Perpustakaan, Bilik Alat Bantu Mengajar (ABM) dan Bilik Tayang yang beroperasi mengikut waktu yang telah ditetapkan. PSS juga menyediakan beberapa perkhidmatan seperti pinjaman buku, bahan bukan buku dan beberapa perkhidmatan lain.
VISI
Pusat Sumber Sekolah SJK (C) Cheow Min menjadi sumber penting dalam mewujudkan masyarakat yang berilmu dan berketrampilan selaras dengan negara maju.
MISI

- Semua murid menjadi pengguna idea atau ilmu yang efektif.
- Staf mempertingkatkan penggunaan pelbagai sumber secara optimum.
- Staf mempertingkatkan P&P, kemahiran berfikir dan ICT
- Mempertingkatkan kemahiran pembacaan dan penulisan.
- Lahirnya individu yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat

Bangunan Sekolah



SJK (c) CHEOW MIN
BATU 35 , JALAN JOHOR, PONTIAN
JOHOR

SJK(c) Cheow Min terletak berdekatan dengan Bandar Pontian. Sekolah ini boleh dilihat kerana tempatnya yang terletak di laluan jalan ke Johor Bahru.

Pada tahun 1951
Sekolah ini telah dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Pontian iaitu Encik B.G. Griffin dan sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Cina Cheow Min. Guru Besar yang pertama di sekolah ini ialah Encik Goh Lim.

Pada tahun 1959
Langkah perkembangan pertama sekolah ini ialah dengan membeli tapak tanah baru untuk pembangunan sekolah seluas 1.25 ekar

Pada tahun 1960,
Sekolah ini juga telah membina dua buah bilik darjah separa kekal melalui peruntukan daripada kerajaan. Pada tahun yang sama, Sekolah Cina Cheow Min telah didaftar sebagai SJK(C) Cheow Min dibawah undang-undang kerajaan Malaysia dan sekaligus menjadi sekolah bantuan kerajaan.

Pada tahun 1964,
2 buah bilik darjah separa kekal dan sebuah dewan telah dibina .
Ini menjadikan struktur SJK(C) Cheow Min semakin lengkap sebagai sebuah sekolah.